Keusahawanan Q1 2019
NAMA: NORIHARYANI BINTI ASRI
UMUR : 26 TAHUN
AHLI : 2013
FACEBOOK :NORIHARYANI ASRI
LATAR BELAKANG
Beliau merupakan cucu kepada peneroka Felda Mayam. Beliau mengusahakan perniagaan ini pada mula hanya minat terhadap barangan kosmetik (DYDX) secara sambilan.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum ini, beliau cuma menjual secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Bermula dengan modal yang sedikit beliau cuba mempromosikan di group whatsapp.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Pihak Pi banyak membantu memberi tunjuk ajar bagi mengembangkan lagi perniagaan. Pihak PI membantu membuka akaun di media sosial seperti facebook, instagram dan memberi latihan menerusi kelas keusahawanan (MyShop) di Aplikasi Dashboard Komuniti. Sejak mempromosikan di media sosial, perniagaanya sangat memberangsangkan dan permintaan pembelian semakin meningkat. Beliau juga membuat penghantaran percuma di sekitar Daerah Bera dan pengeposan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.