1. Hari Terbuka Bersama Komuniti Pusat Internet Triang 3
Tarikh :02 Mac 2019
Tempat : Pi Triang 3
Masa :8.30 pagi sehingga 1.00petang
Tujuan
Program ini dihadiri oleh pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, belia, wanita dan lain-lain. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi yang digunakan di Pusat Internet Triang 3.
Aktiviti
Aktiviti utama adalah pengenalan pusat internet dan aktiviti yang dijalankan mengikut peringkat umur dari kanak-kanak sehingga ibu bapa. Aktiviti yang dijalankan seperti KDB puzzle, Word Search, Rapid Typing, kuiz online pusat internet, pertandingan menulis artikel terbaik, pertandingan mewarna (ibu/bapa dan anak ), pertandingan menu sihat, sukan rakyat (bowling kelapa, pertandingan makan tembikai terpantas dan lain-lain). Pertandingan yang dijalankan mengikut umur dari kanak-kanak sehingga ibu bapa (dewasa). Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah bagi pemenang.
2. Kelas e-perolehan
Tarikh : 12 & 19 Mac 2019
Tempat : PI Felda Mayam
Masa : 3.00petang sehingga 5.30petang
Tujuan
Pada 12 & 19 Mac 2019, seorang usahawan pengusaha makanan (caterer) telah berkunjung ke Pusat Internet Felda Mayam bagi mempelajari cara-cara menggunakan laman web e-perolehan yang telah didaftarkan.
Aktiviti
Petugas Pusat Internet Felda Mayam membantu usahawan tersebut mengemaskini data, menjawab pelawaan ( menerima tender), memasukan data yang diperlukan dan membuat nota serahan ‘submit’ ke dalam sistem tersebut. Hasilnya, usahawan tersebut dapat mengetahui cara menggunakan laman tersebut dengan mudah.
3. Kelas Membuat Penanda Buku- Microsoft Power Point
Tarikh : 16 & 17 Mac 2019
Masa : 3.00petang sehingga 5.00petang
Tempat : PI Felda Mayam
Tujuan
Pada bulan Mac 2019 yang lepas, sekumpulan pelajar tingkatan 4 telah datang ke Pusat Internet Felda Mayam bagi mempelajari cara membuat penanda buku Sempena Hari Guru 2019. Dengan menggunakan Microsoft Power Point, sekumpulan pelajar tersebut belajar cara membuat penanda buku dengan sempurna.
Aktiviti
Petugas Pusat Internet Felda Mayam membantu sekumpulan pelajar tersebut membuat penanda buku dengan butiran yang diperlukan. Hasilnya pelajar tersebut dapat menghasilkan penanda buku dengan sempurna.