1. Program advokasi KDB & Literasi ICT (SK Felda Rentam)
Tarikh : 04 April 2019
Masa : 09.00pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Sk felda Rentam
Tujuan
Program ini dihadiri 70 orang oleh pelajar tahun 4 & 5 (dua sesi yang berasingan). Program ini bermula dengan taklimat kesedaran mengenai kebaikan serta risiko pelajar menggunakan internet. Pelajar turut diberikan tips serta nasihat ketika menggunkan internet bagi memastikan keselamatan ketika berada di atas talian.
Aktiviti
pelajar diberi tugasan berkumpulan dengan menggunakan Microsoft office dan kuiz ICT seterusnya membentangkan tugasan kepada guru dan petugas pusat internet. Hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang terbaik.
2. Kelas e-perolehan
Tarikh : 05&30 April 2019
Masa : 09.30 pagi & 3.00petang
Tempat : Pi Felda Mayam
Tujuan
Pada 05 & 30 April 2019 yang lalu, seorang usahawan catering makanan telah berkunjung ke Pusat Internet felda mayam bagi mempelajari cara-cara menggunakan laman web e- perolehan yang telah didaftarkan.
Aktiviti
Petugas Pusat internet membantu usahawan tersebut mengemaskini data, menjawab pelawaan (menerima tender), memasukan data yang diperlukan dan membuat nota serahan ‘submit’ ke dalam sistem tersebut. hasilnya usahawan tersebut dapat mengetahui cara menggunakan laman tersebut dengan mudah.
3. Latihan Microsoft Office- Ahli Mpkk Felda Purun
Tarikh : 15 April 2019
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pusat Internet felda mayam
Tujuan
Pada 15 April 2019 yang lepas, dua orang ahli Mpkk Felda Purun telah hadir ke Pusat Internet bagi mempelajari cara mengendalikan komputer dan asas Microsoft Office
Aktiviti
Modul yang digunakan adalah Pengenalan penggunaan komputer, Asas Microsft Office seperti Ms Word, ms excel dan ms power point. Latihan yang diberikan adalah seperti latihan asas menaip (membuat minit mesyuarat) dan sebagainya.
4. Pendaftaran Tahun Satu
Tarikh : 16&23 April 2019
Tempat : Pusat Internet Felda Mayam
Masa : 12.00tengah hari & 5.00petang
Tujuan
Pada 16 &23 April 2019 yang lepas, beberapa orang ibubapa/penjaga telah datang ke Pusat Internet bagi membuat pendaftaran murid tahun satu melalui pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2020/2021
Aktiviti
Petugas Pusat Internet membantu ibubapa/penjaga bagi mengisi maklumat yang diperlukan dan cara mengemaskini data yang diperlukan. Hasilnya ibubapa/penjaga tersebut dapat mengetahui cara pengisian data dengan menggunkan laman tersebut dengan mudah.
5. Program Advokasi KDB & Literasi ICT (SK Felda Purun)
Tarikh : 26 April 2019
Masa : 09.00pagi -12.00tengah hari
Tempat : SK Felda Purun
Tujuan
Program ini dihadiri 101 orang oleh pelajar tahun 4&5 (dua sesi yang berasingan). Program ini bermula dengan taklimat kesedaran mengenai kebaikan serta risiko pelajar menggunakan internet. pelajar turut diberikan tips serta nasihat ketika menggunkan internet bagi memastikan keselamatan ketika berada di atas talian.
Aktiviti
Pelajar diberikan tugasan dengan membuat poster dengan menggunakan Microsoft Office dan kuiz ICT seterusnya membentangkan tugasan kepada guru dan petugas pusat internet. Hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang terbaik.