1. Kerja Kursus Tingkatan 3-Ms Office
Tarikh : 06 Julai 2019
Masa : 11.00pagi sehingga 6.00petang
Tempat : Pi Felda Mayam
Tujuan
Pada bulan Julai 2019 yang lepas, sekumpulan pelajar tingkatan 3 telah datang ke Pi Felda Mayam bagi menyiapkan kerja kursus dengan menggunakan Microsoft Word/ Microsoft Power Point. Pelajar tersebut ingin belajar cara memasukan data/ gambar ke dalam tugasan tersebut.
Aktiviti
Petugas PI membantu pelajar tersebut cara memasukan data/ gambar, mencari maklumat di laman sesawang dengan betul mengikut fakta yang diperlukan. Hasilnya pelajar tersebut dapat menghasilkan kerja kursus dengan sempurna.
2. Program KDB & Taklimat ICT (Smk Triang 3)
Tarikh : 10 Julai 2019
Masa : 9.00pagi sehingga 01.00petang
Tempat : Dewan Smk Triang 3
Tujuan
Program ini dihadiri oleh 70 orang pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 (dua sesi yang berasingan). Program ini bermula dengan taklimat kesedaran mengenai kebaikan serta risiko pelajar menggunakan internet. Pelajar turut diberikan tips serta nasihat ketika menggunakan internet bagi memastikan keselamatn ketika berada di atas talian.
Aktiviti
Pelajar diberikan tugasan membuat poster dan kuiz Ict seterusnya membentangkan tugasan kepada guru dan petugas PI. Hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang terbaik.
3. Latihan Asas Menaip (Resume)- Ms Word
Tarikh : 09 & 22 Julai 2019
Masa : 9.30pagi -12.30 tengahari
Tempat : PI Felda Mayam
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang belia bertempat di Pi Felda mayam. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas komputer kepada peserta. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mengendalikan Destop dan Papan Kekunci. Peserta juga turut diberi latihan bagi meningkatkan pemahaman.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan dan latihan bagi mencapai matlamat kelas dan latihan yang diberikan adalah seperti latihan asas menaip (Resume) Ms Word, membuat resume dan cara memasukkan gambar, bentuk dan ‘clip art’. Kelas ini membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan cara membuat email dan juga didedahkan fungsi penggunaannya.
4. Program Advokasi KDB & Literasi Ict (SK Felda Mayam)
Tarikh : 19 July 2019
Masa : 09.00pagi sehingga 12.00tengahari
Tempat : SK Felda Mayam
Tujuan
Program ini dihadiri oleh pelajar tahun 4,tahun 5 dan tahun 6. Program ini bermula dengan taklimat kesedaran mengenai kebaikan serta risiko pelajar menggunakan internet. Pelajar turut diberikan tips serta nasihat ketika menggunakan internet bagi memastikan keselamatan ketika berada di atas talian.
Aktiviti
Pelajar diberikan tugasan dengan poster dengan menggunakan Microsoft Office dan kuiz Ict seterusnya membentangkan tugasan kepada guru dan petugas Pi. Hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang terbaik.
5. Program KDB & Taklimat ICT (SMK Purun)
Tarikh : 27 Julai 2019
Masa : 09.00pagi sehingga 01.00petang
Tempat : Dewan Smk Purun
Tujuan
Program ini dihadiri oleh pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2. Program ini bermula dengan taklimat kesedaran mengenai kebaikan serta risiko pelajar menggunakan internet. Pelajar turut diberikan tips serta nasihat ketika menggunakan internet bagi memastikan keselamatan ketika berada di atas talian.
Aktiviti
Pelajar diberikan tugasan membuat poster dan kuiz Ict seterusnya membentangkan tugasan kepada guru dan petugas Pi. Hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang terbaik.