1. Program Lestari Ict & Cakna Kesihatan Pusat Internet Felda Mayam 2019
Tarikh : 20 Disember 2019
Tempat : Perkarangan Pusat Internet Felda Mayam
Bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 12.30 petang
Tujuan
Program ini dihadiri oleh 94 orang pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar sekolah, belia, ibu bapa, wanita dan lain-lain. Tujuan program diadakan adalah memberi pendedahan tentang pusat internet dan salah satu cara mempromosi dan mendekati masyarakat dan komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti utama adalah pengenalan Pusat Internet dan aktiviti yang dijalankan mengikut peringkat umur dari kanak-kanak sehingga ibu bapa. Aktiviti yang dijalankan seperti senam robik, pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Klinik Kesihatan Felda Purun dibantu oleh Kospen Felda Mayam dan Skuad Pusat Internet Kluster Bera, Ceramah kesihatan ‘Kempen Gaya Hidup Sihatdan Pemakanan Sihat, Pameran oleh Klinik Kesihatan Triang, Pameran perpustakaan, Taklimat Pusat Internet, Pameran & Jualan Usahawan tempatan, Pertandingan Ict seperti Pertandingan Penulisan Artikel, Puzzle Online dan Kuiz Online Ict, Pertandingan Menu Sandwich Sihat, Pertandingan Gubahan Kain Tuala, dan Pertandingan Sukan rakyat. Program ini berakhir dengan perasmian penutupan program dan penyampain hadiah bagi pemenang.