mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Februari 2020

1. Lawatan Ict Tabika Kemas Seriwana ke Pusat Internet Felda Mayam.

Tarikh : 07 Februari 2020

Masa   : 09.30 pagi sehingga 1.00 petang

Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Felda Mayam

Tujuan 

Lawatan ini dihadiri seramai 7 orang kanak-kanak dan dibantu oleh guru dan pembantu tabika. Lawatan ini bermula dengan taklimat pengenalan Pusat Internet. Peserta turut diberi pengenalan komputer, cara mengendalikan dan fungsi komputer. 

Aktiviti 

Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan komputer. Pelajar diberi latihan menggunakan tetikus melalui aplikasi mewarna online, puzzle online dan beberapa video dipertontonkan bagi memudahkan pemahaman menggunakan komputer.  

*gambar disini*

2. Latihan Asas Menaip- Ms Word 2010

Tarikh :01 Februari 2020

Masa : 2.30 petang 

Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Felda Mayam

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk  memberi pengetahuan dan kemahiran asas komputer kepada peserta. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mengendalikan komputer dan turut diberi penerangan mengenai asas pengendalikan Destop dan papan kekunci. Peserta juga diberi latihan bagi meningkatkan pemahaman.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan dan latihan bagi mencapai matlamat kelas dan latihan yang diberikan adalah seperti latihan asas menaip (membuat surat rasmi), membuat resume dan cara memasukkan gambar, bentuk dan clip art’. Kelas ini membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Ict dalam kalangan pelajar. 

*gambar disini*