1. Kelas Youtube Channel
Tarikh : 11 Ogos 2020
Masa : 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang usahawan bertempat di Pusat Internet Felda Mayam. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengembangkan produk jualan (video produk) untuk diwar-warkan di ‘Youtube Channel’. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mendaftar akaun email dan ‘youtube channel’.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan dan latihan bagi mencapai matlamat kelas. Peserta juga didedahkan dengan cara mendaftar akaun email dan cara memasukkan video ke dalam youtube channel dan juga didedahkan fungsi penggunaannya.
2. Kelas membuat Poster (Ms Power point, canva dan pendaftaran akaun email)
Tarikh : 24 & 29 Ogos 2020
Masa : 10.00pagi sehingga 1.00petang
Tempat : Bilik latihan Pusat Internet Felda Mayam
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan cara membuat poster melalui microsoft power point dan aplikasi Canva. Pelajar juga diberi pendedahan pengendalian Destop dan papan kekunci bagi meningkatkan pemahaman.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan dan latihan bagi mencapai matlamat kelas dan latihan yang diberikan. Pelajar juga diberi tunjuk ajar cara mendaftar akaun email bagi menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar.