mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Oktober 2020

1. VC Sembang Santai -Program MIV Bersama Komuniti 2020 Negeri Pahang Sesi 5

Tarikh : 19 Oktober 2020

Masa : 10.00Pagi sehingga 12.00Tengahari

Peserta : 4 Orang

 

Tujuan 

Tujuan program Sembang santai MIV Bersama Komuniti 2020 ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan sebarang isu-isu berkaitan yang timbul sepanjang aktiviti sukarelawan dilaksanakan di komuniti masing-masing. Ia juga boleh mengajukan soalan secara terus kepada sekretariat MIV

Aktiviti 

Di dalam slot ini, para peserta sukarelawan ICT diberi penerangan oleh wakil pegawai MCMC Cyberjaya.

*gambar disini* 

 

2. Latihan Asas Menaip-Microsoft Word 2010

Tarikh : 12 & 23 Oktober 2020

Masa : 9.30 pagi & 3.00petang

Tempat : PI Felda Mayam

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 2 orang belia dan bertempat di PI Felda Mayam. Kelas ini diadakan untuk bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas komputer kepada peserta. Peserta diberi tujuk ajar untuk mengendalikan komputer dan turut diberi penerangan mengenai asas pengendalian Destop dan papan kekunci. Peserta juga turut diberi latihan bagi meningkatkan pemahaman.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan dan latihan bagi mencapai matlamat kelas dan latihan yang diberikan adalah seperti latihan asas menaip (ms word), membuat resume dan cara memasukan gambar, bentuk dan ‘clip art’. Kelas ini membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan cara membuat email dan juga didedahkan fungsi penggunaannya. 

*gambar disini*