1. Latihan Asas Menaip- Microsoft Office Word 2010
Tarikh : 10 & 11 Disember 2020
Masa : 9.30pagi sehingga 12.30 tengahari
Tempat : PIK Felda Mayam
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang usahawan Felda Mayam. Kelas ini diadakan untuk tujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas komputer kepada peserta. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mengendalikan komputer dan turut diberi penerangan mengenai asas pengendalian Destop dan papan kekunci. Peserta juga turut diberi latihan bagi meningkatkan pemahaman.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan dan latihan bagi mencapai matlamat kelas dan latihan yang diberikan adalah seperti latihan asas menaip (ms word), membuat jadual dan cara memasukkan gambar, membuat jadual. Peserta juga didedahkan dengan cara mendaftar email dan diberi penerangan fungsi penggunaannya.
2. Temu uji Online Sekolah Menengah Agama Peringkat Negeri Pahang
Tarikh : 19 Disember 2020
Masa : 9.00pagi sehingga 11.00pagi
Tempat : PIK Felda Mayam
Tujuan
Temu uji ini dihadiri oleh 2 orang pelajar dan bertempat di Pik Felda Mayam
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan sebelum memulakan penggunaan komputer untuk sesi temu uji online. Petugas membantu pelajar mengendalikan komputer bagi melancarkan sesi temu uji online tersebut.