1. Hari Terbuka Bersama Komuniti PEDi Felda Mayam
Tarikh : 04 Ogos 2022
Masa : 10.00 pagi sehingga 1.00 petang
Tujuan
Program ini dihadiri oleh 30 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menegah dan lain- lain. Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan aplikasi yang digunakan di PEDi Felda Mayam.
Aktiviti
Program ini bermula dengan aktiviti utama adalah pengenalan PEDi dan aktiviti yang dijalankan mengikut peringkat umur. Aktiviti bermula dengan pendaftaran pengunjung, keahlian baru, Kuiz Spontan ( Kahoot Online), puzzle online, Rapid typing, mewarna online dan lain-lain. Program berakhir dengan penyampaian hadiah bagi pemenang.
2. Lawatan ICT Anak-anak Literasi (PLK) Felda Mayam ke PEDi Felda Mayam
Tarikh : 06 Ogos 2022
Masa : 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi
Tujuan
Lawatan ini dihadiri seramai 8 orang kanak-kanak. Lawatan ini bermula dengan taklimat pengenalan PEDi Felda Mayam. Peserta turut diberi pengenalan komputer, cara mengendalikan dan fungsi komputer.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan komputer. Pelajar diberi latihan menggunakan tetikus melalui aplikasi mewarna online dan puzzle online. Beberapa video dipertontonkan bagi memudahkan pemahaman menggunakan komputer.
3. Kelas Asas Ms Office (Membuat Resume)
Tarikh : 05 Ogos 2022
Masa : 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi
Tujuan
Membantu peserta untuk membuat resume dengan lebih teratur.
Aktiviti
Peserta menaip maklumat yang diperlukan dengan menggunakan perisian MS Office Word. Menyimpan maklumat yang ditaip ke dalam folder (resume) dan dimasukkan ke dalam pendrive dan simpan ke dalam email peserta