Usahawan Q2 2023 |
|
Nama |
Seri Farahain Binti Abdul Hamid |
Umur |
25 Tahun |
Tahun Menjadi Ahli |
2023 |
Latar belakang
Seri Farahain Binti Abdul Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Seri merupakan seorang usahawan yang menjual produk makanan iaitu Sate dan Sambal Pecal Embah Wedok. Produk ini merupakan resipi asli daripada nenek cik seri yang merupakan warga Indonesia. Cik Seri membuat sambal pecal embah wedok dan memasarkannya sekitar Kawasan FELDA.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Seri hanya menjual secara offline dan jualan hanya terhad dalam Kawasan felda mayam sahaja. Beliau tidak menggunakan platform atas talian yang mana pada masa kini semakin digunakan secara meluas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Seri telah mengikuti kelas keusahawanan shopee di Pedi Felda Mayam yang mana pada kelas ini beliau telah di ajar cara untuk memasukkan produk jualan beliau ke platform shopee. Cik Seri juga diajar cara untuk mengiklankan jualan di shopee dan whatsapp group.