Tarikh : 16.1.2016
Masa : 9.00 Pagi – 2 Petang
Tempat : Padang Awam Felda Mayam.
Perkataan பொங்கல் (Pongal) adalah ‘masa menuai’ menandakan masa untuk orang Tamil tuai hasil tanaman dan disambut pada permulaan bulan Thai (தை) mengikut kalendar Tamil. Ada juga kelompok yang menganggap Pongal sebagai tarikh tahun baru. Perayaan Pongal biasanya diraikan setiap pertengahan bulan Januari bagi meraikan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut agama Hindu. Perayaan ini disambut selama empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.
Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi rezeki untuk memperoleh makanan dan air yang cukup, tempat tinggal yang sempurna dan keluarga yang bahagia dan juga membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga. Penyediaan juadah berasaskan sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka.
Di awal pagi, saya dan adik-adik akan mengemas rumah, manakala emak akan menghiasi rumah dengan kolams (hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan) di pagi Hari Pongal. Kolams dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan. Seterusnya, bapa akan mengikat tebu dan daun mangga di pintu rumah bagi menceriakan suasana. Upacara mengikat tebu dan daun mangga di pintu adalah upacara turun temurun orang Tamil sejak dulu.
Empat buah dapur kecil turut diletakkan atas kolams. Pada masa yang sama, beberapa buah periuk tembaga dan perak yang dihiasi daun mangga, daun kunyit dan pewarna Kum Kum juga ditempatkan di situ sebelum upacara bermula.
sumber : http://www.1malaysia.com.my/affiliates/pesta-pongal