mcmc
Kesihatan

Penyakit HFMD

hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat

tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat

kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD

berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan

peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan

di bawah Akta pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga

hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71(EV71) dilaporkan di Malaysia.

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/ tadika/pra-sekolah

serta pihak sekolah terlibat untuk :

     1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam/ sekolah/ taska/ tadika/ pusat asuhan

         kerana boleh merebakkan jangkitan.

     2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

     3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar

         lampin dan selepas menyentuh/merawat lepuh.

     4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas

         dengan menggunakan larutan campuran kloroks.

     5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan 

     6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.