Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q1& Q2 2018

IMG 20190119 153842

1. Celik IT (Q1 2018)

 

Nama : Mohamad Ikmal Hakimi bin Abdullah

Umur : 11 Tahun

Ahli :  2017

 

LATAR BELAKANG

Seorang Pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Felda Mayam, Bera Pahang. Beliau sangat suka aktiviti celik minda seperti mewarna online, rapid typing, puzzle online dan lain-lain lagi. Jika ada kelapangan beliau akan datang mengulangkaji pelajaran dan menyertai aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Felda Mayam.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet Felda Mayam, beliau tidak lancar menaip dan menggunakan tetikus untuk melakukan aktiviti ICT.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setiap Aktiviti yang diadakan di PI beliau pasti akan hadir mengikutinya dan merupakan pengunjung paling aktif mengikuti aktiviti PI. Beliau telah mahir menggunakan tetikus, keyboard dan mudah mengulangkaji pelajaran atas talian.

 

2. Kisah Kejayaan (Usahawan Online) (Q2 2018)

 

ijazzcake

Nama : Rohana binti Yusof

Umur : 49 tahun

Ahli : 2013

Facebook : Ijazz Cake Homemade Enterprise

 

LATAR BELAKANG

Beliau merupakan anak peneroka Felda Mayam dan mempunyai minat dalam membuat kek dan roti. Beliau juga merupakan ahli yang aktif mengunjungi PI samada Program anjuran PI dan sering datang mencari resepi di Internet.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum menyertai Kelas ICT, beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan menerima tempahan daripada rakan-rakan dan jiran-jiran di Felda Mayam. Beliau kurang mahir menggunakan komputer terutamanya menaip dan mencari resepi di media sosial.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau mula menyertai PI sejak 2013  dengan menyertai kelas ICT bermula dengan Microsoft Office, Laman Sosial seperti Facebook, Instagram, Whatssap dan Aplikasi Dashboard Komuniti dalam memasarkan produk. Beliau telah mengembangkan perniagaannya dengan jualan diatas talian. Kepelbagaian jenis kek & kualiti yang ditawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan.