Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q1 2020

FB IMG 1576223570604

Keusahawanan Q1 2020

 IMG 20191213 155410

 

NAMA : EN ISMAIL BIN HASSAIN 

UMUR : 37 TAHUN

AHLI : 2010

FACEBOOK PAGE : SATAYAPAKORIGINAL

 

LATAR BELAKANG

Beliau merupakan anak peneroka Felda Mayam. Terlibat secara langsung dalam perniagaan ini sejak 3 Tahun yang lalu. Perniagaan menjual satay ini adalah perniagaan turun temurun dari bapanya. Satay Apok sudah tidak asing lagi di Felda Mayam dan Kejiranan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pendapatan bersih bulanan hanya sekitar Rm 100-Rm 200 sahaja sebulan dari penjualan satay di kedainya dan Pekan Sehari Felda Mayam.

Selepas Penggunaan ICT /Penglibatan PI

  • Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Mayam, pendapatan bersih beliau kini mencecah RM 600-RM 800 sebulan.
  • Beliau mempelajari teknik fotografi produk, suntingan imej bagi menghasilkan gambar yang menarik minat penggemar satay di sekitar Bera.
  • Antara platform promosi perniagaannya ialah melalui Laman Sosial seperti Facebookdan Whatsapp. Beliau juga mempromosikan satay apok ke dalam MyShop, Aplikasi Dashboard Komuniti.
  • Beliau sudah mampu mengambil pekerja sambilan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati penggemarnya.