Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q2 2019

amirul-hafiz

Celik IT (Q2 2019)

 

 

 

 

 

Nama : Amirul Hafiz bin Roslan

Umur : 19 Tahun

Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Merupakan pelajar IPTA Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Cawangan Bangi. Beliau merupakan cucu peneroka Felda Mayam. Beliau juga merupakan bekas pelajar terbaik SPM 2017 di SMK Purun, Bera Pahang.

Beliau merupakan ahli yang aktif mengunjungi Pusat Internet Felda Mayam sejak sekolah rendah. Beliau sering mengunjungi Pi Felda Mayam bagi mengulangkaji pelajaran apabila cuti semester bagi mencari bahan pembelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum menyertai Kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan komputer. Setelah mempelajari kelas komputer di PI Felda Mayam, sedikit sebanyak membantu beliau menggunakan komputer bagi mencari bahan pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau aktif mnggunakan komputer dengan kemahiran yang ada bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Beliau merasakan tiada masalah jika diberi tugasan yang memerlukan penggunaan komputer dan mencari bahan di laman sesawang (internet) melalui pendedahan ICT yang dipelajari di PI Felda Mayam.