Q3 CELIK IT
Nama : Hamidah Binti Suparno
Umur : 44 Tahun
Ahli : 2013
Latar Belakang
Beliau merupakan anak peneroka Felda Mayam. Beliau mengusahakan perniagaan kraftangan Replika Bangau (Hiasan Laman Burung Bangau Kelapa)
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PIK
Sebelum menyertai kelas keusahawanan, beliau tidak pandai berniaga secara online. Beliau berniaga secara sambilan, menerima tempahan jiran-jiran yang berdekatan dan penghantaran sendiri di sekitar Daerah Bera.
Selepas Penggunaan ICT/ penglibatan PIK
- Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Felda Mayam, pendapatan bersih beliau kini mencecah RM 700 hingga RM 1000 sebulan.
- Beliau mempelajari teknik fotografi produk, suntingan imej bagi menghasilkan gambar yang menarik minat Kraftangan Replika Bangau di sekitar Daerah Bera dan seluruh Malaysia.
- Antara platform promosi perniagaannya ialah melalui Laman Sosial dan e-dagang seperti Shopee, Instagram dan Whatsaap.