Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q3&Q4 2018

IMG 20180603 090708

1. Celik IT (Q3 2018)

 

IMG 20180603 102300

Nama : MOHD AMRI BIN RUSLAN

Umur : 15 TAHUN

Ahli : 2015

 

LATAR BELAKANG

Seorang pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Purun, Bera. Belia merupakan ahli yang aktif datang ke pusat internet bersama rakan-rakannya mengikuti aktiviti yang diadakan di PI Felda Mayam. Beliau juga sering membantu pihak pi dalam menjayakan program/ aktiviti. Beliau juga aktif menyertai pertandingan ICT yang dianjurkan oleh pi.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan komputer. Setelah mempelajari kelas komputer di PI Felda Mayam, sedikit sebanyak membantu beliau menggunakan komputer seperti Microsoft Office (Ms Word, Ms Excel & Ms Power Point).

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau aktif menggunakan komputer dengan kemahiran yang ada seperti menggunakan engine carian seperti Google dan Internet Explorer. Kini  beliau mahir untuk memcari bahan kerja kursus/ mengulangkaji pelajaran melalui pendedahan ICT yang dipelajari di PI Felda Mayam.

 

2. Usahawan – Kisah Kejayaan (Q4 2018)

 

k.midah1k.midah2

Nama : Hamidah Binti Suparno

Umur  : 42 Tahun

Ahli     : 2013

Facebook  : Hamidah Suparno

LATAR BELAKANG

Beliau merupakan anak peneroka Felda Mayam. Beliau mengusahakan perniagaan madu di Felda Mayam. Beliau juga merupakan ahli Kospen Felda Mayam dan ahli Pusat Internet Felda Mayam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau cuma menjual secara kecil-kecilan pada jiran-jiran dan sahabat-sahabat terdekat sahaja. Beliau kurang mahir dalam mempromosikan perniagaannya di media soasial.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Pihak PI banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam mempromosikan perniagaannya. Antaranya membantu beliau membuka akaun media sosial seperti Facebook, Whatsapp, instagram dan beliau juga mengikuti kelas keusahawanan(MyShop)Dashboard Komuniti yang dianjurkan oleh pusat internet. Setelah mahir dalam media sosial, beliau mula mempromosikan melalui group whatsapp dan facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan di media sosial, perniagaannya sangat memberangsangkan dan permintaan sangat meningkat.