mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan April 2019

1. Program advokasi KDB & Literasi ICT (SK Felda Rentam)

Tarikh : 04 April 2019

Masa  : 09.00pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : Sk felda Rentam 

Tujuan

Program ini dihadiri 70 orang oleh pelajar tahun 4 & 5 (dua sesi yang berasingan). Program ini bermula dengan taklimat kesedaran mengenai kebaikan serta risiko pelajar menggunakan internet. Pelajar turut diberikan tips serta nasihat ketika menggunkan internet bagi memastikan keselamatan ketika berada di atas talian.

Aktiviti 

pelajar diberi tugasan berkumpulan dengan menggunakan Microsoft office dan kuiz ICT seterusnya membentangkan tugasan kepada guru dan petugas pusat internet. Hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang terbaik.

*Gambar disini*

 2. Kelas e-perolehan 

 Tarikh : 05&30 April 2019

 Masa   : 09.30 pagi & 3.00petang

Tempat : Pi Felda Mayam

Tujuan

Pada 05 & 30 April 2019 yang lalu, seorang usahawan catering makanan telah berkunjung ke Pusat Internet felda mayam bagi mempelajari cara-cara menggunakan laman web e- perolehan yang telah didaftarkan.

Aktiviti

Petugas Pusat internet membantu usahawan tersebut mengemaskini data, menjawab pelawaan (menerima tender), memasukan data yang diperlukan dan membuat nota serahan ‘submit’ ke dalam sistem tersebut. hasilnya usahawan tersebut dapat mengetahui cara menggunakan laman tersebut dengan mudah.

 *Gambar disini*

3. Latihan Microsoft Office- Ahli Mpkk Felda Purun

Tarikh : 15 April 2019

 Masa   : 9.30 pagi

 Tempat : Pusat Internet felda mayam

Tujuan

Pada 15 April 2019 yang lepas, dua orang ahli Mpkk Felda Purun telah hadir ke Pusat Internet bagi mempelajari cara mengendalikan komputer dan asas Microsoft Office 

Aktiviti

Modul yang digunakan adalah Pengenalan penggunaan komputer, Asas Microsft Office seperti Ms Word, ms excel dan ms power point. Latihan yang diberikan adalah seperti latihan asas menaip (membuat minit mesyuarat) dan sebagainya. 

 *Gambar disini*

 4. Pendaftaran Tahun Satu

Tarikh : 16&23 April 2019

Tempat : Pusat Internet Felda Mayam

Masa : 12.00tengah hari & 5.00petang

Tujuan

Pada 16 &23 April 2019 yang lepas, beberapa orang ibubapa/penjaga telah datang ke Pusat Internet bagi membuat pendaftaran murid tahun satu melalui pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2020/2021

Aktiviti 

Petugas Pusat Internet membantu ibubapa/penjaga bagi mengisi maklumat yang diperlukan dan cara mengemaskini data yang diperlukan. Hasilnya ibubapa/penjaga tersebut dapat mengetahui cara pengisian data dengan menggunkan laman tersebut dengan mudah.

 *Gambar disini*

5. Program Advokasi KDB & Literasi ICT (SK Felda Purun)

Tarikh : 26 April 2019

Masa   : 09.00pagi -12.00tengah hari

Tempat : SK Felda Purun

Tujuan

Program ini dihadiri 101 orang oleh pelajar tahun 4&5 (dua sesi yang berasingan). Program ini bermula dengan taklimat kesedaran mengenai kebaikan serta risiko pelajar menggunakan internet. pelajar turut diberikan tips serta nasihat ketika menggunkan internet bagi memastikan keselamatan ketika berada di atas talian.

Aktiviti

Pelajar diberikan tugasan dengan membuat poster dengan menggunakan Microsoft Office dan kuiz ICT seterusnya membentangkan tugasan kepada guru dan petugas pusat internet. Hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang terbaik.

 *Gambar disini*