1. Latihan Asas Ms Office
Tarikh : 4,8 & 26 April 2022
Masa : 9.30 pagi sehingga 11.00pagi
Tujuan
Pengenalan peserta menggunakan Ms Office (Word, Excel & Power Point). Membantu peserta untuk menggunakan Ms Office, cara menyimpan data serta mencetak maklumat yang ditaip.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai Ms Office. Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyimpan maklumat mengikut folder dan diberi latihan dengan bantuan petugas.
2. Kelas Asas Internet (Pendaftaran Gmail)
Tarikh : 4 & 5 April 2022
Masa : 3.00 petang hingga 5.00petang
Tujuan
Membantu peserta untuk menggunakan internet dengan bijak.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk membuat pendaftaran gmail bagi memudahkan urusan pendaftran borang secara online dan aplikasi di telefon pintar. Peserta di minta untuk mengisi data dan maklumat yang diperlukan dengan bantuan petugas. Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk mengakses email melalui telefon pintar.
3. Pendaftaran / Kemaskini data Pengeluaran Khas KWSP
Tarikh : 4, 8 & 11 April 2022
Masa : 2.00petang hingga 3.00petang
Tujuan
Membantu peserta untuk menggunakan internet dengan bijak. Membantu peserta untuk menjimatkan masa untuk hadir ke pejabat kwsp.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk membuat pendaftaran / kemaskini di portal kwsp bermula 01 April sehingga 30 April 2022. Peserta diminta untuk mengisi borang dan maklumat yang betul di portal tersebut dengan bantuan petugas.
4. Pendaftaran Pra Sekolah bagi Tahun 2023
Tarikh : 7 April 2022
Masa : 11.00 pagi sehingga 1.00 petang
Tujuan
Membantu ibu bapa untuk menggunakan internet dengan bijak. Membantu ibu bapa untuk mendaftar Pra Sekolah bagi tahun 2023.
Aktiviti
Ibu bapa diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk mendaftar para sekolah di portal kpm (eprasekolah.moe.gov.my). Ibu bapa diminta untuk memuatnaik maklumat yang betul di portal tersebut dengan bantuan petugas.