mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Disember 2021

1. Latihan Asas Ms Office Word

Tarikh : 09 Disember 2021

Masa : 03.00petang sehingga 4.30petang

Tujuan 

Membantu peserta untuk menggunakan Ms Office Word dengan cara menaip, menyimpan serta mencetak maklumat yang ditaip.

Aktiviti 

Peserta diberi taklimat ringkas mengenai Ms Office Word. Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyimpan maklumat mengikut folder agar lebih kemas dan mudah untuk diakses.

 *gambar disini*

 

2. Program Advokasi KafeTeen-Lppkn

Tarikh : 10 Dis 2021

Masa : 2.30petang sehingga 4.30petang

Tujuan 

Program ini dihadiri oleh remaja berumur 13 tahun sehingga 24 tahun. Tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan remaja dari aspek fizikal, mental dan sosial. Menyemai nilai-nilai remaja terhadap perkembangan kesihatan diri dan sosial.

Aktiviti

Program ini membantu remaja menempuhi alam remaja dengan selesa dan tanpa ragu-ragu. Menyediakan khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja. Taklimat ini juga memberi peluang remaja berkenalan dengan rakan-rakan serta berkongsi pengalaman, idea-idea baru dan memperkasakan remaja melalui bimbingan dan pendidikan.Taklimat ini menggunakan aplikasi zoom secara atas talian dan dibantu oleh petugas Pedi. 

 *gambar disini*

 

3. Kelas Asas Internet (E-Munakahat)

Tarikh : 20 Disember 2021

Masa  : 4.00petang sehingga 5.30petang

Tujuan

Membantu peserta untuk menggunakan internet dengan bijak. Membantu peserta untuk menjimatkan masa dari mengisi borang secara manual.

Aktiviti

Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk membuat pendaftaran di portal e-munakahat. Peserta diminta untuk mengisi borang dan maklumat yang betul d portal tersebut dengan bantuan petugas

 *gambar disini*

 

4. Dashboard Komuniti-Memuatnaik Ucapan sempena Hari Krismas

Tarikh : 27 Disember 2021

Masa : 2.30 petang sehinggan 3.30 petang

Tujuan

Sempena Hari Krismas peserta diberi tugasan membuat ucapan di Dashboard Komuniti

Aktiviti

Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk membuat ucapan atau pengumuman di Dashboard Komuniti dengan bantuan petugas Pedi.

 *gambar disini*