mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Disember 2022

1. Lawatan ICT Anak-anak Tabika Kemas Kg Ibam

Tarikh : 09 Disember 2022

Masa : 9.00pagi sehingga 11.30pagi

Tempat : PEDi Felda Mayam

Tujuan

Lawatan ini dihadiri 5 orang kanak-kanak dan 2 orang guru pengiring. Lawatan ini bermula dengan taklimat Pusat Internet (PEDi). Peserta turut diberi pengenalan komputer, cara mengendalikan dan fungsi komputer.

Aktiviti 

Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan komputer. Pelajar diberi latihan menggunakan tetikus melalui aplikasi mewarna online & puzzle online. Beberapa video dipertontonkan bagi memudahkan pemahaman menggunakan komputer dengan bantuan petugas.

 

2. Latihan Keusahawanan – Pendaftaran Akaun Bank Atas Talian ‘Online Banking’

Tarikh : 12 Disember 2022

Masa : 10 pagi sehingga 11 pagi

Tujuan

Membantu peserta untuk menggunakan internet dengan bijak. Membantu peserta untuk menjimatkan masa untuk hadir ke Bank

Aktiviti 

Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk mebuat pendaftaran di portal bank maybank. Peserta diminta untuk mengisi borang dan maklumat yang betul di portal tersebut dengan bantuan petugas.