mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Februari 2019

1. Kerja Kursus Ms Power Point dan Ms Word

Tarikh : 16 & 17 Februari 2019

Masa : 10.00 pagi & 2.00 petang

Tempat : PI Felda Mayam

Tujuan

Pada Bulan Februari 2019 yang lepas, sekumpulan pelajar tingkatan 3 telah datang ke Pusat Internet Felda Mayam bagi menyiapkan kerja kursus secara berkumpulan dengan menggunakan Microsoft Power Point dan Microsoft Word. Pelajar tersebut ingin belajar cara membuat slaide, memasukan data dan belajar cara membuat perbentangan dengan menggunakan ms power point.

Aktiviti 

Petugas Pusat Internet membantu pelajar tersebut membuat slaide, cara memasukan data dan cara membuat perbentangan slaide. Hasilnya pelajar tersebut dapat menghasilkan kerja kursus dan kerja sekolah dengan sempurna.

 *Gambar disini*

 

2. Kelas E-Perolehan

Tarikh : 24 Februari 2019

Masa : 3.00 petang

Tempat : PI Felda Mayam

Tujuan 

Pada 24 Februari 2019, seorang usahawan bengkel kereta telah berkunjung ke Pi Felda Mayam bagi mempelajari cara-cara menggunakan laman web e-perolehan yang yang telah didaftarkan.

Aktiviti

Petugas PI membantu pengunjung tersebut mengemaskini data dan memasukkan data ke dalam sistem e-perolehan tersebut dan membuat nota serahan ‘submit’ ke dalam sistem tersebut. Hasilnya, pengunjung tersebut dapat mengetahui cara menggunakan laman  web tersebut dengan mudah.

 *Gambar disini*