1. Kelas Asas Komputer (ms word & email)
Tarikh : 09 & 16 Januari 2019
Masa : 02.30 petang sehingga 06.00 petang
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar bertempat di Pi Felda Mayam. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas komputer kepada peserta. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mengendalikan komputer dan turut diberi penerangan mengenai asas pengendalian Destop dan Papan Kekunci. Peserta juga turut diberi latihan bagi meningkatkan pemahaman.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan dan latihan bagi mencapai matlamat kelas dan latihan yang diberikan adalah seperti latihan asas menaip (ms word), membuat surat rasmi dan membuka akaun email. Kelas ini membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan cara membuat email dan juga didedahkan fungsi penggunaannya.
2. Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Felda Mayam
Tarikh : 20 Januari 2019
Tempat : Pi Felda Mayam
Perasmian : En Mazlan bin Naprabi (Pengerusi MPKK Felda Mayam)
Masa : 08.00 pagi sehingga 01.00 petang
Tujuan
Program ini dihadiri oleh 200 orang pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan menegah, belia, wanita dan lain-lain. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan menjaga kesihatan. Selain itu, terdapat juga pameran agensi jemputan turut serta. Pelbagai aktiviti kesihatan di pertandingkan bersama komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan pendaftaran pengunjung, pemeriksaan gigi kanak-kanak, aktiviti cara menggosok gigi dengan betul oleh kanak-kanak Pasti Al- Insyirah Felda Mayam, pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Klinik Kesihatan Felda Purun dan dibantu oleh Kospen Felda Mayam, aktivti menderma darah, Pertandingan Mewarna Online, Pertandingan Rapid Typing, Pertandingan Artikal Terbaik (memuat naik di Dashboard Komuniti), Pertandingan Sukan Rakyat (bowling kelapa,span air botol, teka biji labu dan Pertandingan Penyediaan Makanan Sihat dan Taklimat Penjagaan Gigi. Aktiviti cabutan bertuah juga turut diselitkan. Aktiviti yang dijalankan mengikut peringkat umur dari Kanak-kanak sehingga Ibu bapa. Program berakhir dengan penyampaian hadiah bagi pemenang.