1. Kelas Literasi Ict dan KDB (Pendaftaran Media Baru- Facebook)
Tarikh : 05 Januari 2020
Masa : 02.00petang sehingga 5.30petang
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Felda Mayam
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah bertempat di Pi Felda Mayam. Kelas ini diadakan bertujuan memberi pengetahuan melalui media baru seperti facebook. Aktiviti ini melatih pelajar melayari internet melalui media baru seperti facebook.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan cara-cara menggunakan facebook melalui tips keselamatan atas talian. Pelajar juga diberi tunjuk ajar cara-cara memasukkan gambar dan aktiviti yang boleh dimasukkan di media baru tersebut.
2. Latihan Asas Menaip (Membuat Resume)
Tarikh : 07 & 09 Januari 2020
Masa : 12.00 tengahari sehingga 3.00petang
Tempat : Pi Felda Mayam
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang belia bertempat di Pi Felda Mayam. Kelas ini diadakan untuk bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas komputer kepada peserta. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mengendalikan komputer dan turut diberi penerangan mengenai asas pengendalian Destop dan Papan Kekunci. Peserta juga turut diberi latihan bagi meningkatkan pemahaman.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan dan latihan bagi mencapai matlamat kelas dan latihan yang diberikan adalah seperti latihan asas menaip (ms word), membuat resume dana cara memasukkan gambar, bentuk dan ‘clip art’. Kelas ini membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan cara membuat email dan juga didedahkan fungsi penggunaannya.