1. Kelas Asas Komputer (menaip dan cara menyimpan fail)
Tarikh: 04 & 23 Januari 2021
Masa: 10.30 pagi-12.30 tengahari
Tempat : PIK Felda Mayam
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 4orang belia yang tinggal di Felda Mayam. Kelas ini bertujuan membantu peserta untuk menggunakan MS Office Word, Excel dan Power point dan menyimpan serta mencetak maklumat yang telah ditaip.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai Ms Office. Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyimpan maklumat mengikut folder agar lebih kemas dan mudah untuk diakses.
2. Kelas Asas Internet (Pendaftaran E-munakahat)
Tarikh : 04 Januari 2021
Masa : 9.30pagi -10.30 pagi
Tempat : PIK Felda Mayam
Tujuan
Membantu peserta dalam kalangan belia menggunakan internet dengan bijak. Membantu peserta untuk menjimatkan masa dari mengisi borang secara manual.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk membuat pendaftaran di portal E-munakahat. Peserta diminta untuk mengisi borang dan maklumat dengan betul di portal tersebut dengan bantuan petugas.