1. Kelas Tutorial Dashboard Komuniti
Tarikh : 16.06.2019
Masa : 4.00petang sehingga 5.30petang
Tempat : Pi Felda Mayam
Tujuan
Tutorial ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah. Tutorial ini bermula dengan Taklimat Dashboard Komuniti (elemen yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti seperti Mykomuniti, Mysoal, Myhealth, Myskool, Myplace dan Myshop).
Aktiviti
Pelajar juga turut diberi tugasan bagi meningkatkan pemahaman melalui Mykomuniti. Pelajar membuat ucapan (Sempena Hari Bapa) sebagai latihan.
2. Kerja Kursus Tingkatan 2 di Pi Felda Mayam
Tarikh : 10,15 &22 Jun 2019
Masa : 11.00pagi sehingga 04.00petang
Tempat : Pi Felda Mayam
Tujuan
Pada Bulan Jun 2019 yang lepas, sekumpulan pelajar tingkatan 2 telah datang ke Pusat Internet Felda Mayam bagi menyiapkan kerja kursus dengan menggunakan Microsoft Word. Pelajar tersebut ingin mempelajari cara memasukan data atau gambar dengan menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
Petugas pusat internet membantu pelajar tersebut cara memasukan data atau gambar, mencari maklumat di laman sesawang dengan betul mengikut fakta yang diperlukan. Hasilnya pelajar tersebut dapat menghasilkan kerja kursus dengan sempurna.
3. Latihan Menaip – Microsoft Word
Tarikh : 15 & 22 Jun 2019
Masa : 9.30pagi sehingga 12.30tengahari
Tempat : Pi Felda Mayam
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan asas komputer kepada peserta. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mengendalikan komputer dan turut diberi penerangan mengenai asas pengendalian Destop dan Papan Kekunci. Peserta turut diberi latihan bagi meningkatkan pemahaman.
Aktiviti
modul yang digunakan ialah Intel Easy Steps, Modul Asas Internet. Aktiviti ini membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan peserta. Peserta dapat mengaplikasikan kemahiran untuk memudahkan tugasan harian. Aktiviti yang dijalankan seperti pengenalan kepada komputer dan sistem operasi, Asas Destop dan mengenali papan kekunci, latihan asas menaip dan asas internet.