1. Kelas Literasi Ict dan KDB (Membuat Origami berdasarkan Youtube)
Tarikh : 03 November 2019
Masa : 02.00petang sehingga 4.30petang
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Felda Mayam
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar sekolah rendah bertempat di Pi Felda Mayam. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran berfikir membuat origami berdasarkan youtube. Aktiviti ini melatih pelajar mengingati cara-cara membuat origami dan melatih pelajar berfikir secara kreatif dalam menyiapkan origami tersebut.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan cara-cara membuat origami mengikut masa yang ditetapkan.
2. Program KDB & Taklimat ICT (Smk Bera)
Tarikh : 04 November 2019
Masa : 09.00pagi sehingga 1.00petang
Tempat : Smk Bera
Tujuan
Program ini dihadiri oleh 30 pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 (dua sesi yang berasingan). Program ini bermula dengan taklimat kesedaran mengenai kebaikan serta risiko pelajar menggunakan internet. Pelajar turut diberikan tips serta nasihat ketika menggunakan internet bagi memastikan keselamatan ketika berada di atas talian.
Aktiviti
Pelajar diberikan tugasan membuat poster dan kuiz ICT seterusnya membentangkan tugasan kepada guru dan petugas PI. Hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang terbaik.
3. Program KDB & Taklimat Ict (Smk Triang 3)
Tarikh : 5 November 2019
Masa : 09.00pagi sehingga 1.00petang
Tempat : Bilik Muzik Smk Triang 3
Tujuan
Program ini dihadiri oleh 60orang pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, dan tingkatan 4. Program ini bermula dengan taklimat pengenalan Pusat Internet Kluster Bera dan taklimat buli siber. Pelajar turut dipertontonkan beberapa video berkaitan penerangan dan diberikan tips serta nasihatan ketika menggunakan internet bagi memastikan kesealamatan ketika berada di atas talian.
Aktiviti
Pelajar diberikan tugasan ict individu dan berkumpulan serta kuiz ict seterusnya membentangkan tugasan kepada guru dan petugas PI. Hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang terbaik.
4. Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Mayam 2019
Tarikh : 18 November 2019
Tempat: PI Felda Mayam
Bermula pada jam 8.00pagi sehingga 1.00petang
Tujuan
Program ini dihadiri oleh 116orang pengunjung yang terdiri daripada peringkat kanak-kanak, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, belia, ibubapa, dewasa dan lain-lain. Tujuan program ini diadakan sebagai satu pendekatan pusat internet untuk merapatkan hubungan antara komuniti dengan pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, badan kerajaan atau swasta, ngo dan juga usahawan tempatan.
Aktiviti
Aktiviti utama adalah pengenalan Pi dan aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti menderma darah, membuat pemeriksaan kesihatan oleh pihak Kospen Felda Mayam, membuat origamiberdasarkan youtube (kategori pelajar sekolah rendah dan menengah), menaip pantas, kuiz online, pertandingan menulis artikel terbaik, pertandingan mewarna (ibu/bapa dan anak), taklimat dan pameran agensi-agensi jemputan dan lain-lain lagi. Pertandingan yang dijalankan mengikut umur dari kanak-kanak sehingga ibubapa (Dewasa). Pertandingan ini berakhir dengan penyampaian hadiah bagi pemenang.