1. Latihan Asas Menaip- Ms Word 2010
Tarikh : 19,20&25 Ogos 2019
Masa : 10.30pagi
Tempat : PI Felda Mayam
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 3 orang belia Felda Mayam. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas komputer kepada peserta. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mengendalikan komputer dan turut diberi penerangan mengenai asas pengendalian Destop dan papan kekunci. Peserta juga diberi latihan bagi meningkatkan pemahaman.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan dan latihan bagi mencapai matlamat kelas dan latihan yang diberikan adalah seperti latihan asas menaip(membuat surat rasmi), membuat resume dan cara memasukkan gambar, bentuk dan ‘clip art’. Kelas ini membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan cara membuat email dan juga didedahkan fungsi penggunaannya.
2. Lawatan ICT Tabika Kemas Felda mayam ke Pusat Internet Felda Mayam
Tarikh : 26 Ogos 2019
Masa : 10.00pagi sehingga 12.30tengahari
Tempat : Bilik latihan Pusat Internet
Tujuan
Lawatan ini dihadiri seramai 11 orang kanak-kanak. Lawatan ini bermula dengan taklimat Pusat Internet. Peserta turut diberi pengenalan komputer, cara mengendalikan dan fungsi komputer.
Aktiviti
peserta diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan komputer. Pelajar diberi latihan menggunakan tetikus melalui aplikasi mewarna online. Beberapa video dipertontonkan bagi memudahkan pemahaman menggunakan komputer.