1. Pendaftaran I-Citra KWSP
Tarikh : 09 Ogos 2021
Masa : 09.30 pagi sehingga 11.30 pagi
Tempat : PIK Felda Mayam
Tujuan
Membantu peserta untuk menggunakan internet dengan bijak. Membantu peserta untuk menjimatkan masa untuk hadir ke pejabat KWSP.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk membuat pendaftaran di portal i-citra kwsp. Peserta diminta untuk mengisi borang dan maklumat yang betul di portal tersebut dengan bantuan petugas pik.
2. Pendaftaran Email (gmail) dan kemaskini e-perolehan
Tarikh : 09 & 27 Ogos 2021
Masa : 3.00 petang sehingga 5.00 petang
Tempat : PIK Felda Mayam
Tujuan
Membantu peserta mendaftar akaun email (gmail) bagi memudahkan urusan mendaftar akaun secara ‘online banking’ dan sistem e-perolehan.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara membuat pendaftaran akaun email bagi memudahkan sebarang urusan melalui borang secara ‘online’ dan mengemaskini sistem eperolehan dengan bantuan petugas pik.
3. Kelas Usahawan Shopee
Tarikh : 20 Ogos 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
Tempat : PIK Felda Mayam
Tujuan
Membantu peserta untuk mengemaskini akaun shopee bagi memudahkan peserta berniaga di platform online e-dagang (shopee)
Aktiviti
Peserta mengemaskini akaun shopee seperti mengemaskini stok produk, harga dan lain-lain yang perlu dikemaskini. Peserta perlu memasukkan detail yang diperlukan bagi mengemaskini akaun shopee dengan bantuan petugas pik.
4. Dashboard Komuniti -membuat ucapan sempena hari kemerdekaan
Tarikh : 30 Ogos 2021
Masa : 2.00 petang sehingga 3.00 petang
Tempat : PIK Felda Mayam
Tujuan
Sempena bulan kemerdekaan peserta diberi tugasan membuat ucapan kemerdekaan di Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk membuat ucapan kemerdekaan atau pengumuman yang lain dengan menggunakan saluran Dashboard Komuniti dengan bantuan petugas pik.