1. Kelas e-perolehan
Tarikh : 14 & 20 Oktober 2019
Masa : 09.30pagi sehingga 11.30pagi
Tempat :Pusat Internet Felda Mayam
Tujuan
Pada 14 & 20 Oktober 2019, seorang usahawan catering makanan telah berkunjung ke Pi Felda Mayam bagi mempelajari cara-cara menggunakan laman web e-perolehan yang telah didaftarkan.
Aktiviti
Petugas Pi membantu usahawan tersebut mengemaskini data, menjawab pelawaan (menerima tender), memasukan data yang diperlukan dan membuat nota serahan ‘submit’ ke dalam sistem tersebut. Hasilnya, usahawan tersebut dapat mengetahui cara menggunakan laman tersebut dengan mudah.
2. Lawatan Ict Tabika Kemas Kampung Ibam ke Pusat Internet Felda Mayam.
Tarikh : 22 Oktober 2019
Masa : 10.00pagi sehingga 1.00petang
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Felda Mayam
Tujuan
Lawatan ini dihadiri seramai 4 orang kanak-kanak. Lawatan ini bermula dengan taklimat Pusat Internet. Peserta turut diberi pengenalan komputer, cara mengendalikan dan fungsi komputer.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan komputer. Pelajar diberi latihan menggunakan tetikus melalui aplikasi mewarna online, beberapa video dipertontonkan bagi memudahkan pemahaman menggunakan komputer.