1. Taklimat Persediaan Menjawab Peperiksaan Spa
Tarikh : 06 September 2019
Masa : 09.30 pagi sehingga 09.55 pagi (taklimat)
10.00pagi sehingga 11.00 pagi (Peperiksaan SPA)
Tempat : Pi Felda Mayam
Tujuan
Taklimat ini dihadiri oleh 3 orang belia bertempat di PI Felda Mayam. Taklimat ini bertujuan bagi melancarkan peserta menjawab peperiksaan dengan mudah dengan menggunakan komputer. Seterusnya memberi pengetahuan dan kemahiran asas komputer kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan sebelum memulakan peperiksaan. Melalui email peserta boleh mengakses ke laman web peperiksaan. Dengan taklimat ini peserta dapat menjawab dengan sempurna mengikut masa yang telah ditentukan.
2. Kelas Menaip Artikel Kemerdekaan- Ms Power Point
Tarikh : 07 September 2019
Masa : 02.00 petang sehingga 04.30 petang
Temapt : Pi Felda Mayam
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar bertempat di Pi Felda Mayam. Kelas ini diadakan untuk bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas komputer kepada peserta. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mengendalikan komputer dan turut diberi penenrangan mengenai asas pengendalian Destop dan Papan Kekunci. Peserta juga turut diberi latihan bagi meningkatkan pemahaman.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan dan latihan bagi mencapai matlamat kelas dan latihan yang diberikan adalah seperti latihan asas menaip artikel (microsoft power point), pembentangan slaide. Kelas ini membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar dan keyakinan terhadap diri melalui pembentangan slaide. Pelajar juga didedahkan dengan fungsi penggunaannya dan juga melibatkan komunikasi antara 2 hala melalui pembenatangan slaide.