Maklumat Am

MAKLUMAT AM NADI FELDA MAYAM

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) FELDA MAYAM

NADI Felda Mayam yang dahulu dikenali sebagai Pusat Internet Felda Mayam ditubuhkan pada tahun 2007 dimana pada permulaan penubuhannya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Felda Mayam dan mula ditukar nama kepada Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) pada tahun 2013. NADI merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh pihak Telekom Malaysia (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ‘Information and Communications Technology’ (ICT) kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di NADI seperti kemudahan kelas IT dan komputer secara percuma. Pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan internet dan perkhidmatan lain yang disediakan.

 

OBJEKTIF NADI:

* Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

* Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

* Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

* Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat Kerajaan.

* Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan