Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan berkongsi. Namun, tanpa tahap kematangan yang sesuai, kanak-kanak juga berdepan risiko seperti buli siber, eksploitasi s*ksual, penipuan dalam talian dan kandungan memudaratkan.
Mulai hari ini, inisiatif Tunggu 16 diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di alam siber melalui pelaksanaan keperluan pengesahan umur untuk akses kepada platform media sosial tertentu.
Kerana bukan semua perkara sesuai untuk semua peringkat usia.
Belum 16? Belum Sedia Untuk Media Sosial.
Soalan-soalan lazim (FAQ):
https://mcmc.gov.my/en/onsa/resources/frequently-asked-questions
Maklumat lanjut:
https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16
#Tunggu16
#ONSA
#MCMC
#KementerianKomunikasi
